Iszaid Dynamic Integration Project Ver.2
 

Iszaid Dynamic Integration Project Ver.2

The vision of this blog is to enhance my social-politic understanding toward excellences in every projects. My economy will become empowered by organized system and therefore enable excellent transformation for this year development

 
Sistem Pentadbiran Empire Maharaja
Empire Maharaja terbahagi kepada 4 lapisan dewan. Setiap dewan mempunyai tugas dan fungsi tersendiri. Hanya ada satu Dewan parlimen tetapi 4 Dewan senat.
Ideologi Pembelajaran Berempire

Dewan Parlimen Maharaja
Kuasa tertinggi selepas Ketua Negara. Bertangung jawap menggubal undang-undang dan mempersoal setiap unit di bawah empire. Mempunyai kuasa veto Untuk berperang
Dewan Senat Maharaja
Kuasa para cendikiawan empire dalam menentukan hak dan pembangunan seimbang dan dinamik. Mempunyai kuasa untuk menahan mana-mana usul dibangkitkan di parlimen. Dewan Senat Utara adalah ketua Dewan Senat.
Dewan Kingdome Maharaja
Kuasa pusat bagi satu-satu wilayah. Berperanan sebagai markas utama dalam peperangan dan pentadbiran. Terdapat 88 buah seumpamanya di Empire Maharaja
Dewan Government Maharaja
Kuasa pemerintahan bagi satu-satu negeri/ negara taklukan Empire Maharaja
Celebaration 4 years of Rulling the empire
Celebaration 4 years of Rulling the empire!
Sejarahan Blogers
Negaraku MALAYSIA
Negaraku Tercinta
Malaysia Tanah airku!
Photo Maharaja
SASER Namamu Teratas
Sekolah
Sekolah Menengah Sains Seremban
Kemajuan Teknologi 2012
Thursday, April 19, 2012
Seperti yang ramai tahu, proses trasformasi telah dilaksanakan sejak mulanya tahun 2011 dan pencapaiannya dapat dirasaai  dalam tahun 2012. Antara agenda yang dimuatkan adalah bagi menerajui skill dan pengetahui dalam bidang teknologi selari dengan perkembangan semasa.

Bermula dengan iPhone 3G sehinggalah iPhone 4 dan iPad 1st Gen, teknologi apple dikaji dan dan dipelajari. Banyak pengalaman dan maklumat baru diperoleh. Dari mula hendak restore/format iDevice hinggalah untuk jail break dalam iOS yang berbeza. Disamping itu juga beberapa aplicasi dalam apple/jailbreak yang sudah mula disahih dan ditolak . Ini membuktikan kematangan sebagai pengguna asas alat ini.

Teknology wifi, yang mampu mencuri wireless orang lain juga berjaya diperoleh. Namun tiada hasrat berterusan untuk proses ini. Walaubagaimanapun, kaedah dan proses tersebut berjaya dipelajari walaupun masih belum cukup sempurna.

Secara amnya, peruntukkan untuk membangunkan teknologi adalah wajar dan memberi manfaat jangka panjang. Penerusan pembangunan teknologi dijangka mampu memberi nilai tambah kearah usaha intelektual berterusan.
posted by iszaid @ 4:34 AM   0 comments
Persediaan Restore iPhone anda iOS 5
 Untuk restore atau istilalah 'format' iphone yang mengandungi iOS 5., adalah berbeza dengan iOS sebelumnya. Ini disebabkan iOS 5, memerlukan anda untuk simpan SHSH Blobs dan integrasikannya dalam firmware sebelum ia dibenarkan oleh iTune untuk direstore.

Sila baca entry saya yang lain, bagaimana untuk menyimpan SHSH blobs.

Berikut merupakan langkah ASAS untuk  menggunakan iFaith.

Step 1) –
Sebelum memulakan proses 'jailbreaking' beberapa sofware perlu ada:
  • iFaith-v1.4.2 - Untuk bina SHSH Blobs
  • iPhone3,1_5.0.1_9A405_Restore- Untuk restore iphone4

Step 2) - Buka iFaith pastu tekan [ok]. 

iFaith v1.4.2 Windows
Step 3) - kemudian tekan [ Build *signed* IPSW w/ Blobs button].

iFaith v1.4.2 Windows
Step 4) –Kemuadian cari fail SHSH Blobs yang telah anda simpan sebelum ini
 
iFaith v1.4.2 Windows
Step 5) – Sekarang, Integrasikan SHSH blobs anda dengan Firmware yang anda mahukan, dalam kes ini, iOS 5.0. 

iFaith v1.4.2 Windows
Step 6) – iFaith akan mencantumkan SHSH Blobs dengan Firmware anda untuk menjadi Firware spesifik khas untuk iDevice anda sahaja
Step 7) – Setelah selesai, pastikan anda tekan butang untuk buka iDevice anda, dan kemudian ikut arahan untuk masuk ke 'DFU Mode'

iFaith v1.4.2 Windows
Step 8 ) – Tahniah! proses persediaan telah sempurna. Anda boleh 'restore' iDevice anda melalui cara yang telah anda pelajari sebalum ini.

Sila baca entry saya yang lain, bagaimana untuk Restore iPhone 4
posted by iszaid @ 4:15 AM   0 comments
Maharaja Dalam Salam Perantauan 2009
Tuesday, December 8, 2009
iszaididriswargamanipalindia.jpg
Nama Pengirim: Iszaid Bin Idris
Lokasi Pengirim: Manipal, Karnataka. India
Nama Penerima: Ayah bonda tercinta,kaum keluarga, guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang telah banyak berjasa, sahabat-sahabat yang mengenali kami khususnya dari Kolej Teknologi Timur serta seluruh rakyat Malaysia.
Lokasi Penerima: Malaysia, Indonesi, India
Ucapan: Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat Keluarga dan seluruh kaum Muslimin dan Muslimat, serta Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon Maaf Zahir dan Batin.Jangan lupa doakan kejayaan kami di sini.
Pengenalan Gambar: Mahasiswa& mahasiswi Melaka Manipal Medical Collage(MMMC) di hadapan Perpustakaan Manipal-edu ketika sambutan Republic Day di India
E-mel Pengirim: iszaid @ gmail.com
posted by iszaid @ 10:39 AM   0 comments
Penggulungan Persidangan Pentadbiran Tahun 2009
Tuesday, December 1, 2009
TAHNIAH !! Kejayaan membantu semua organisasi di Manipal membuahkan hasil.....
SELAMAT TINGGAL 2009...kenangan ini yang tidakkan dilupakan




Assalamualaikum dan Salam Hormat.


Adapun dirgahayu sebuah empayar yang unggul berlabuh dengan hanya sebuah istana dan kerajaan nya, tatkala usaha gigih dan cabaran kental tekun dihadapi, tatkala segala onak duri datang dirasai penuh kesabaran dan keiman maka sesungguhnya besarlah jiwa dan tenaga dan pemikiran negara yang berdaulat.


Wacana sang suria memberi nikmat tenaga dan ilham kepada mereka yang berusaha bersungguh-sungguh, kita percaya, bermulanya kejayan adalah ketika langkah pertama dibuka, sedikit demi sedikit kejayaan itu diberi pengiktirafan sebagai kedaulatan dan kebijaksanaan.


Mentari Pagi mengembangkan sinar menyuluh kegelapan pagi. Gelombang Nafiri Delima bagaikan melambai-lambai tentera-tentera yang bersungguh-sunguh menuntut ilmu kekebalan dalam perubatan. Burung-burung nuri berkicaun menyanyikan lagu alam. Cahaya disebalik celah-celah daun ketapang meberi peringatan perkara lepas, perkara sekarang dan perkara akan datang.


Mentari pagi mengembangkan sayapnya tatkala kegelapan lari membawa kesunyian. Pagi yang penuh kabus amat sejuk dengan embun pagi gugur ke tanah. Angin Bukit Kecelakaan bertiup permai menerbangkan daun-daun kering di atas pusara kekalahan. Sesungguhnya sebuah empayar bukanlah kebal dari melakukan kesilapan, tatkala itu universiti kehidupan mengajar kita erti kesinambungan.


Akhiran madah bicara, tahun ini mengajar kita erti persahabata, erti pemikiran kreatif, erti usaha keras, dan erti kesabaran. Sesungguhnya masa hadapan masih berliku-liku dengan cabaran dan dugaan. Semoga tahun 2010 menjadi landasan kecemerlangan gemilang dan diberkati.


Hak Cipta Terpelihara: EMPIRE MAHARAJA 2009
posted by iszaid @ 12:37 PM   0 comments
PesuruhJaya Raya Berkembar 2009
Friday, September 18, 2009

Dokumen Kebenaran ke Davangere

Dewan parlimen bersidang mengenai hal rombongan ke Davangere. Kesimpulan yang telah dapat dicapai melalui penggulungan oleh Unit Perancang Maharaja menjelaskan bahawa serai 34 orang termasuk kita akn bergerak ke Davangere selepas raya di Manipal.
Kebenaran bertulis telah pun dperoleh dari Dean, Chief Warden, warden-warden Nehru, Sonia, Sharada dan RT. Pihak davangere juga telah dimaklumkan tentang spesifikasi rombongan kita. Matlamat terakhir adalah memaklumkan kepada Konsul Pendidikkan India.

Usul Main Bunga Api Rumah Raya juga telah mendapat persetujuan dari majoriti dewan dan peruntukkan bunga api juga telah dipersetujui. Penengasan terhadap pemainan mercun adalah ditekankan. Unit Ekonomi Maharaja memberitahu bahawa duit tersebut adalah koleksi duit yang sepatutnya diberikan kepada urus setia raya di manipal dimana mereka tidak bersetuju untuk menerima kerana mengangap kita sebagai tetamu undangan.
posted by iszaid @ 11:26 PM   0 comments
Unit Analisis Maharaja
Tuesday, September 15, 2009
1. Ada orang politik yang berpendapat jika dapat jadi Presiden parti maka kemenangan mereka dalam pilihanraya terjamin.

2. Justeru itu mereka ini berusaha untuk menentukan kemenangan mereka melalui penyingkiran ahli yang tidak menyokong mereka, mengguna wang untuk membeli sokongan atau mengguna apa-apa kuasa yang ada pada mereka untuk menyogok, menjanji sesuatu kepada yang akan menyokong atau mengugut.

3. Hasilnya mereka menang dalam parti. Tetapi rakyat memerhati segala tindak-tanduk pemimpin dan ahli seperti ini. Apabila rakyat lihat perjuangan parti bukan lagi untuk rakyat; apabila mereka lihat rasuah dan ugutan yang menentukan kepimpinan, maka kepercayaan kepada parti dan pemimpinnya akan terhakis dan mungkin hilang lenyap.

4. Rakyat tidak dapat membuat apa-apa, terutama apabila mulut rakyat tertutup. Demikian juga ahli parti. Tetapi apabila Pilihanraya Umum diadakan maka rakyat sebagai pengundi akan nyatakan kekecewaan mereka.

5. Inilah yang telah berlaku pada Pilihanraya Umum ke 12, 2008.

6. Apakah kekecewaan rakyat disedari oleh pemimpin dan parti-parti politik. Hingga kini tidak ternampak yang parti dan pemimpin sudah betul-betul sedar.

7. Yang merebut jawatan masih merebut dengan penggunaan cara-cara lama. Pembersihan parti tidak juga dilakukan. Pengamal politik wang masih diterima dan diberi tempat.

8. Ahli-ahli biasa parti tidak memprotes sikap lama diteruskan. Bahkan ramai juga ahli yang berpendapat apa salahnya menabur wang. Mereka juga akan dapat sedikit habuan.

9. Apabila ramai rakyat sebagai pengundi sudah benci kepada parti kerana amalan rasuah dan bodoh-sombong, janji pembangunan dan menabur wang tidak akan berkesan lagi. Ingatlah apabila kelebihan undi sedikit sahaja, kehilangan sokongan daripada sebilangan yang kecil rakyat pun boleh sebabkan kekalahan. 

Information from: Tun Dr Mahadhir Blog

-------------------------------------------------------------------


Unit Anasisis Maharaja, 16 Sep 09- Kita melihat bahawa kini kedudukkan UMNO dan Barisan Nasional secara keseluruhnya kurang memuaskan. Manakal partia politik pembangkang kian menabur janji yang bagi pendapat empayar agak mustahil untuk dilaksanakan kerana tiada bukti sejarah yang akan menyokong isu yang dibangkitkan. 

Empire Maharaja melihat situasi politik kini adalah memuaskan, parti politik memerintah dikatakan memerlukan suatu bentuk trasformasi bagi menjamin kepercayaan rakyat setelah kepercayaan mereka disalah gunakan. Namun, perubahan tersebut perlu dilaksanakan secara radikal dan kolektif. 

Kita menjangkakan pengaruh parti memerintah akan terus merusut, namun ini tidaklah bermakna pengaruh parti pembangkat akan meningkat. Akan banyaklah keluar masuk politik dan saling caci-mencaci dari sekecil-kecil isu hingga sebesar-besar isu. Parti politik yang cakap bedekah-dekah hanya akan membuat parti politik nya lagi senang lingkup, manakala parti politik yang kusut masai akan membuatkan politik mereka menjadi lagi kusut. Fenomina ini dijlaskan sebagai Fenomena Kalah-Kalah, masing-masing akan memastikan pihak lawannya kalah.

Apa yang ingin ditekan kan di Empire Maharaja adalah, tindakkan berhati-hati adalah amat diperlukan bagi menepis dakyah dari mana-mana orang samaada rakan atau orang yang lebih tua. Ideologi berempire maharaja adalah bagi menangkis ideologi kuno lagi mundur yang mana ideologi sebigini bermatlamat memastikan orang lain menjadi bodoh dah seterusnya mudah untuk diperkotak katikkan. Empire Maharaja akan memastikan dahyah politik ditepis secara telus.

Kebijaksanaan adalah diperlukan, Analisis menyeluru dalam satu-satu punca kejadian politik perlu dipertimbangkan semula. Sumber dari akhbar sahaja tidak memadai, amalan analisis maharaja wajar dijadikan benteng pertama.

Pada asasnya negara adalah stabil dan aman, namun kekecohan politik menyebabkan keaadan menjadi kelam kabut. Apabila keaadaan menjadi sukar dikawal, alasan ini digunakan untuk mengatakan pihak pemerintah tidak tahu memerintah. Manakala pihak pembangkang terus menerus lupa akan tanggungjawap menegur yang salah tapi menegur yang betul.

Kita menjangkakan bahawa isu perkauman akan berlarutan, isu agama islam dihina  akan/bertambah, pencacian akan terus meningkat dan kali ini melibatkan orang paling kuat negara, dan bermulanya isu kejatuhan ekonomi pula.
posted by iszaid @ 8:29 PM   0 comments
PesuruhJaya Aidilfitri Berkembar Ditubuhkan
Dewan parlimen bersidang pada hari ini untuk menganalisis sejauh manakah pembangunan yang telah dilakasanakan selepas impak keputusan blok diumumkan baru-baru ini. Dewan diberitahu bahawa pembangunan agak lembab dan tidak mengikut jadual yang telah dirancangkan disebabkan pelan persiapan perayaan yang digagaskan oleh Suruhanjaya Double Raya.

Namun kebanyakkan ahli dewan kurang senang dengan tindakkan itu. Usul Baju Raya ke 3 bagi tahun 2009 di umumkan oleh Suruhanjaya menampakkan ketidak-sokongan ahli dewan terhadap rancangan itu. Antara hujah yang dikemukakan dari Senator Juwaseh yang menjelaskan bahawa itu hanyalah satu bentuk pembaziran dan Islam menegah umatnya membazir. Unit Perancang Maharaja memberitahu bahawa jika penempahan dilaksanakan sekarang, agak mustahil untuk disiapkan pada jangka waktu singkat sebegini, memandangkan hari raya aidilfitri pun telah dekat, maka banyak tukang jahit yang sibuk.

Ahli-ahli dewan bersetuju sebulat suara agar Suruhanjaya Double raya digantikan dengan nama Pesuruhjaya Aidilfitri Berkembar. Tindakkan penaik tarafan ini adalah sesuai dengan matlamat Empire Maharaja untuk menjadi lebih global dan kompetitif. Adlah juga dengan ini diumumkan bahawa pembelajaran berlangsung seperti biasa cuma pada 16.09.09, pindaan pembelajaran untuk ke kelas Kannada akan dipinda seperti yang dijelaskan oleh Institut Bahasa Delhi Maharaja.

Usul baru Baju Kemeja Global digagaskan oleh Badan Bergerak Maharaja sedang dopertimbang bagi menggantikan baju lama dari tahun-tahun lepas yang kebanyakkannya baju lengan panjang.

Projek Kad Raya Bach 24 adalah ini dimaklumkan terbatal oleh Majlis Grafik Maharaja kerana kesuntukkan masa untuk projek berkenaan disamping tiada permintaan dari mana-mana organisasi untuk menyokong projek tersebut.
posted by iszaid @ 7:43 AM   0 comments
Maharaja Iszaid

Name: iszaid
Home: Kepong/ Selayang Baru, Kuala Lumpur, Malaysia
Maharaja Iszaid: My vision is to enhance my social-politic understanding and ensure completion spirit toward excellences in every projects. My economy will become empowered by organized system and therefore enable excellent transformation for this year development
See my complete profile
Catatan Lepas
Jam Maharaja
Simpanan Lepas
Celebaration 4 years of Rulling the empire
Empire of Maharaja
Kembali ke Menu

BLOGGER

Chat


ShoutMix chat widget

Manipal University (Manipal)
Manipal, Karnataka
Melaka Manipal Medical Collage, MMMC
Ilmu Dituntut Di India
Negaraku Tercinta
Wilayah Karnataka, India
Institut Bahasa Delhi

ಭಾನುವಾರ Bhaanuvaara Ahad

ಸೋಮವಾರ sOmavaara Isnin

ಮಂಗಳವಾರ maMgaLavaara Selasa

ಬುಧವಾರ buDhavaara Rabu

ಗುರುವಾರ guruvaara Khamis

ಶುಕ್ರವಾರ shukravaara Jumaat

ಶನಿವಾರ shanivaara Sabtu

Radio Maharaja
© 2010 Iszaid Dynamic Integration Project Ver.2 | Unit Risikkan Maharaja