Unit Analisis Maharaja
1. Ada orang politik yang berpendapat jika dapat jadi Presiden parti maka kemenangan mereka dalam pilihanraya terjamin.
2. Justeru itu mereka ini berusaha untuk menentukan kemenangan mereka melalui penyingkiran ahli yang tidak menyokong mereka, mengguna wang untuk membeli sokongan atau mengguna apa-apa kuasa yang ada pada mereka untuk menyogok, menjanji sesuatu kepada yang akan menyokong atau mengugut.
3. Hasilnya mereka menang dalam parti. Tetapi rakyat memerhati segala tindak-tanduk pemimpin dan ahli seperti ini. Apabila rakyat lihat perjuangan parti bukan lagi untuk rakyat; apabila mereka lihat rasuah dan ugutan yang menentukan kepimpinan, maka kepercayaan kepada parti dan pemimpinnya akan terhakis dan mungkin hilang lenyap.

4. Rakyat tidak dapat membuat apa-apa, terutama apabila mulut rakyat tertutup. Demikian juga ahli parti. Tetapi apabila Pilihanraya Umum diadakan maka rakyat sebagai pengundi akan nyatakan kekecewaan mereka.
5. Inilah yang telah berlaku pada Pilihanraya Umum ke 12, 2008.
6. Apakah kekecewaan rakyat disedari oleh pemimpin dan parti-parti politik. Hingga kini tidak ternampak yang parti dan pemimpin sudah betul-betul sedar.
7. Yang merebut jawatan masih merebut dengan penggunaan cara-cara lama. Pembersihan parti tidak juga dilakukan. Pengamal politik wang masih diterima dan diberi tempat.
8. Ahli-ahli biasa parti tidak memprotes sikap lama diteruskan. Bahkan ramai juga ahli yang berpendapat apa salahnya menabur wang. Mereka juga akan dapat sedikit habuan.
9. Apabila ramai rakyat sebagai pengundi sudah benci kepada parti kerana amalan rasuah dan bodoh-sombong, janji pembangunan dan menabur wang tidak akan berkesan lagi. Ingatlah apabila kelebihan undi sedikit sahaja, kehilangan sokongan daripada sebilangan yang kecil rakyat pun boleh sebabkan kekalahan.

Information from: Tun Dr Mahadhir Blog
-------------------------------------------------------------------
Unit Anasisis Maharaja, 16 Sep 09- Kita melihat bahawa kini kedudukkan UMNO dan Barisan Nasional secara keseluruhnya kurang memuaskan. Manakal partia politik pembangkang kian menabur janji yang bagi pendapat empayar agak mustahil untuk dilaksanakan kerana tiada bukti sejarah yang akan menyokong isu yang dibangkitkan.
Empire Maharaja melihat situasi politik kini adalah memuaskan, parti politik memerintah dikatakan memerlukan suatu bentuk trasformasi bagi menjamin kepercayaan rakyat setelah kepercayaan mereka disalah gunakan. Namun, perubahan tersebut perlu dilaksanakan secara radikal dan kolektif.
Kita menjangkakan pengaruh parti memerintah akan terus merusut, namun ini tidaklah bermakna pengaruh parti pembangkat akan meningkat. Akan banyaklah keluar masuk politik dan saling caci-mencaci dari sekecil-kecil isu hingga sebesar-besar isu. Parti politik yang cakap bedekah-dekah hanya akan membuat parti politik nya lagi senang lingkup, manakala parti politik yang kusut masai akan membuatkan politik mereka menjadi lagi kusut. Fenomina ini dijlaskan sebagai Fenomena Kalah-Kalah, masing-masing akan memastikan pihak lawannya kalah.
Apa yang ingin ditekan kan di Empire Maharaja adalah, tindakkan berhati-hati adalah amat diperlukan bagi menepis dakyah dari mana-mana orang samaada rakan atau orang yang lebih tua. Ideologi berempire maharaja adalah bagi menangkis ideologi kuno lagi mundur yang mana ideologi sebigini bermatlamat memastikan orang lain menjadi bodoh dah seterusnya mudah untuk diperkotak katikkan. Empire Maharaja akan memastikan dahyah politik ditepis secara telus.
Kebijaksanaan adalah diperlukan, Analisis menyeluru dalam satu-satu punca kejadian politik perlu dipertimbangkan semula. Sumber dari akhbar sahaja tidak memadai, amalan analisis maharaja wajar dijadikan benteng pertama.
Pada asasnya negara adalah stabil dan aman, namun kekecohan politik menyebabkan keaadan menjadi kelam kabut. Apabila keaadaan menjadi sukar dikawal, alasan ini digunakan untuk mengatakan pihak pemerintah tidak tahu memerintah. Manakala pihak pembangkang terus menerus lupa akan tanggungjawap menegur yang salah tapi menegur yang betul.
Kita menjangkakan bahawa isu perkauman akan berlarutan, isu agama islam dihina akan/bertambah, pencacian akan terus meningkat dan kali ini melibatkan orang paling kuat negara, dan bermulanya isu kejatuhan ekonomi pula.
Comments
Post a Comment