PesuruhJaya Aidilfitri Berkembar Ditubuhkan

Dewan parlimen bersidang pada hari ini untuk menganalisis sejauh manakah pembangunan yang telah dilakasanakan selepas impak keputusan blok diumumkan baru-baru ini. Dewan diberitahu bahawa pembangunan agak lembab dan tidak mengikut jadual yang telah dirancangkan disebabkan pelan persiapan perayaan yang digagaskan oleh Suruhanjaya Double Raya.

Namun kebanyakkan ahli dewan kurang senang dengan tindakkan itu. Usul Baju Raya ke 3 bagi tahun 2009 di umumkan oleh Suruhanjaya menampakkan ketidak-sokongan ahli dewan terhadap rancangan itu. Antara hujah yang dikemukakan dari Senator Juwaseh yang menjelaskan bahawa itu hanyalah satu bentuk pembaziran dan Islam menegah umatnya membazir. Unit Perancang Maharaja memberitahu bahawa jika penempahan dilaksanakan sekarang, agak mustahil untuk disiapkan pada jangka waktu singkat sebegini, memandangkan hari raya aidilfitri pun telah dekat, maka banyak tukang jahit yang sibuk.

Ahli-ahli dewan bersetuju sebulat suara agar Suruhanjaya Double raya digantikan dengan nama Pesuruhjaya Aidilfitri Berkembar. Tindakkan penaik tarafan ini adalah sesuai dengan matlamat Empire Maharaja untuk menjadi lebih global dan kompetitif. Adlah juga dengan ini diumumkan bahawa pembelajaran berlangsung seperti biasa cuma pada 16.09.09, pindaan pembelajaran untuk ke kelas Kannada akan dipinda seperti yang dijelaskan oleh Institut Bahasa Delhi Maharaja.

Usul baru Baju Kemeja Global digagaskan oleh Badan Bergerak Maharaja sedang dopertimbang bagi menggantikan baju lama dari tahun-tahun lepas yang kebanyakkannya baju lengan panjang.

Projek Kad Raya Bach 24 adalah ini dimaklumkan terbatal oleh Majlis Grafik Maharaja kerana kesuntukkan masa untuk projek berkenaan disamping tiada permintaan dari mana-mana organisasi untuk menyokong projek tersebut.

Comments

Popular Posts