Keputusan Peperiksaan Blok 2 Second Year

Kebanyakkan ahli-ahli dewan dahulunya amat risau dengan perkhabaran Unit Analisa Maharaja yang mengatakan nilai kualiti menteri-menteri semakin berkurangan, mungkin block 2 akan merencatkan statistik. Namun, kenyataan itu tidak benar, dan maklumat dari Unit Risikkan Maharaja mengatakan kita masih lulus dalam semua mata pelajaran.

Dewan hari ini bersidang dengan tenang walaupun persidangan bermula pada 12.25 tengah malam.

Pengunguman dilaksanakan oleh Laksama Satria dengan disusuli oleh gendang, terompet dan gong empayar.

"Adalah ini digahayu segala penghuni iszaid, dari utara rambut hingga keselatan tumit, tatakala berita disampaikan mengenai keputusan peperangan block ke dua untuk tahunan pengajian perubatan kedua adalah baik, tidak seperti yang kita jangkakan. Hatta semua mata pelajaran adalah lulus"

Juga kelihatan di dewan parlimen, Ministry of Pharmacology masuk mengadap dan menerima Darjah Bintang Panglima Maharaja.

Persidangan parlimen diteruskan mengenai usul Pengajian Dimulakan semula 14.09.09. Kebanyakkan ahli dewan mengganggap bahawa permulaan pengajian seminggu lebih awal dari rakan-rakan yang lain dilihat amat bagus dan bermotivasi. Namun Ministry Microbiology memberitahu bahawa jika pengajian awal dimulakan maka berkemungkinan kita akan lebih laju daripada biasa dan tertinggal apa yang sepatutnya kita tahu.

Asolatyer Semareh juga tidak bersetuju kerana masa kini, kita sibuk dengan pengajian bahasa kannada.

Unit Perancang Maharaja memberitahu bahawa masa yang diperuntukkan untuk kita bukan sahaja digunakan untuk belajar bahasa kannada tetapi digunakan untuk kem motivasi, dan pembinaan mercu tanda kahebatan.

"Sesungguhnya, ramai yang telah megetahui statistik kualiti empayar semakin hari semakin meningkat, dan usaha kearah merealisasikan revolusi pengajian perubatan boleh dicapai sekiranya kita berusaha dengan tekun." Jelas Unit Perancang Maharaja.

Terdahulu, parlimen diberitahu bahawa semua Dewan Senat, Dewan Kingdom, dan Dewan Government dan hiraki masing-masing telah bersetuju untuk merialisasikan usul Revolusi Pengajian Perubatan yang dikawal-selia oleh Unit Perancang Maharaja. Usul ini akan diwartakan dalam masa terdekat selepas melalui proses agriditasi.

Sekian.

Warta Maharaja
Stesen Parlimen Empire Maharaja

Comments

Popular Posts