Artikel ini dikarang melalui Medical University (National) of Empire Maharaja- MUNEM
Pengenalan
Profasinalism didifinasikan oleh Empire Maharaja sebagai revolusi kemaknusiaan yang mengetengahkan cara hidup harmoni dan seimbang dalam segenap aspek dan mempamerkannya dengan penuh sopan dan bertatasusila.
Isu
1. Sejauh mana kewajaran profesionalisma dalam kehidupan seharian mahasiswa perubatan
2. Implikasi jangka pendek, sederhana dan panjang
3. Impak terhadap masyarakat dan negara
4. Spektrum dominasi dan daya saing
5. Revolusi sejagat dan pembangunan intelektual bangsa
6. Kesefahaman kreatif dan kritikal
Kepentingan Profesionalisma
Pelajar perubatan adalah dipandang tinggi oleh masyarakat secara umumnya. Kita diberikan tempat istimewa dalam banyak hal, seperti biasiswa, kesediaan mendengar, dan kesediaan memberi nasihat kepada masyarakat itu sendiri. Disebalik keunggulan ilmu perubatan tersebut, ada banyak entiti yang penting selai dengan norma-norma hidup maknusia yang hanya boleh difahami oleh pengamal perubatan termasuk mahasiswa penuntutnya sendiri. Ini memberi ruang dan peluang kepada mahasiswa dijadikan medium perantara untuk menterjemahkan ilmu dan kajian terbaru yang telah dicipta atau diperbaharui. Kedua, mahasiswa perubatan adlah tunggak dan simbul kebanggan keluarga dan masyarakat, dimana mereka dijadikan buah mulut kemana saja sebagai bukti bahawa kita merupakan warisan ibu-bapa atau masyarakat yang bertungkus lumus mendidik kita dari kecil. Jadi sedikit sebanyak implikasi dan pemikiran kita akan diterjemah sebagai pemikiran atmosfera asal usul kita sendiri.
Merangka Pembangunan Modal Insan
Dari sudut jangka waktu, profesionalisma boleh di rancang dari mula kesedaran. Kajian melihat bahawa prinsip profesionalisma adalah bukan secara lumrah atau dibawa sejak kecil, ia adalah ciptaan tatasusila yang dipelajari secara langsung atau tidak langsung. Dari segi jangka pendek, pembangunan boleh meliputi espek pertuturan, perbuatan dan pemikiran yang muni serta berdaya saing. Selari dengan prinsip kedoktoran yang dinamik lagi berwawasan, espek kecekapan, kepantasan dan kecekalan juga merupakan elimen penting. Jangka sederhana dilihat tidak penting bagi sesetengah individu, namun, melelui pendedahan ilmu agama, ilmu motivasi dan keseimbangan jasmani, pembangunan pada jangka waktu ini mampu memberi kelainan dan kerektor terhadap individu tersebut. Sesuatu perkara yang dilaksanakan selalu akan dapat dijadikan amalan dan seterusnya dijadikan panduan kepada orang lain. Akhir sekali Pelaj Jangka Panjang yang bermatlamatkan kehidupan yang cekal, tabah dan bersedia adalah komponen penting bagi memantapkan setiap misi dan visi yang telah dirangka. Prinsip dan formula yang telah digunakan oleh ahli sejarahan boleh diguna pakai dan dipraktikkan dalam mana-mana perangkaan jangka yang diangap sesuai pada masa dan tempat tertentu.
Aspirasi Kejayaan
Setiap hari mahasiswa perubatan diletakkan tangung jawap untuk mempelajari ilmu-ilmu teori dan praktikal. Kesinambungan untuk dimasukkan elimen jati diri tinggi dan daya saing yang kental diperlukan bagi menampilkan yang terbaik dalam diri sendiri. Tatkala bergaul dengan masyarakat, elemen ini mampu merangsang orang lain untuk menampilkan yang terbaik dalam diri orang lain, seterusnya memberi impak profesionalisma terhadap orang lain. Jika perangkaan ini digunakan terhadap lebih semua orang, mentaliti penduduk negara akan naik dari kelas mind kedua kepada kelas minda pertam, seterusnya membawa negara ke arah gelaran negara maju.
Kecemerlangan Dalam Peperiksaan
Hukum peperiksaan seringkali disah erti oleh kebanyakan mahasiswa sebagai satu tempoh untuk menjadi kurang produktif tetapi lebih bersifat patuh terhadap hafalan dan fakta yang ada didalam buku teks. Perkara sebigi adalah tidak wajar dipraktikkan kerana ilmu yang dikendong mudah saja berkeciciran jika bukan waktu peperiksaa, mungkin waktu bila ia diperlukan. Peperiksaan secara lisan memerlukan keyakinan diri yang tinggi seterus membuka satu demensi baru terhadap pemahaman ilmu perubatan, lantaran itu profesionalisma perlulah di didik agar ia boleh dijadikan landasan dan batu asas seseorang mahasiswa untuk diuji. Aspek kepintaran sahaja tidak bermakna jika pekej keyakinan dan kelantangan suara tidak disusuli semerta. Malah melalui keyakinan, sedikit sebanyak ia dapat membantu dalam menengani waktu-waktu sukar ketika diuji.
Pembangunan Intelektual Paskal Sejarahan
Sejarah telah membuktikan bagi mereka yang lupa mengenainya akan sentiasa mengulangi sejarah tersebut. Maknusia belajar melalui pengalaman samaada pengalaman diri sendiri atau orang lain. Kesinambungan ilmu pengetahuan dan pengalaman dikait rapat dengan cara hidup dan tingkah laku yang kolektif dan berdaya saing. Suatu bentuk revolusi kendiri yang amat diperlukana jika dan hanya jika ia melibatkan isu kepelbagaian variasi dan dan modaliti. Melalui medium pengetahuan yang lama, sesuatu bangsa dapat diasuh dan menjadi lebih intelek dalam banyak aspek. Merencanakan ilmu kedalam nilai keperibadian seseorang individu melalui medium sejarah adalah amat berkesan dalam melatih seseorang kearah profession yang bakal diambil alih. Dalam konteks ini, ilmu sesuatu bangsa akan dilihat semakin bertambah tatkala semakin menjadi baik masa demi masa. Kewujudan pembaik pulihan setiap masa sebegini mempercepat tindak balas intelektual sesebuah bangsa untuk mengalami revolusi sihat dan sejahtera.
Pemikiran Kreatif Dan Kritikal Pemangkin Kejayaan
Melalui beban tugas yang dapat diurus dengan betul, kesetabilan emosi dapat dikawal seterusnya membantu mahasiswa mengetengahkan isu-isu dan/atau usul-usul baru yang lebih menarik dan berdaya saing. Sesuatu pemahaman baru yang lebih ringkas mampu dibentuk dari satu asas yang kompleks. Keselarian dengan kenteks ilmu perubatan moden yang semakin kompleks hari ini, profesionalisma dilihat sebagai madah pengajaran untuk menjadi mahasiswa yang lepik optimistik dan cenderung terhadap ilmu pengetahuan yang dimiliki.
Kesimpulan
Seseorang mahasiswa perlu bangkit dibuai mimpi dari terus leka dan lalai. Masa itu tiadalah boleh diganti dengan wang ringgit. Kesepakatan dan perpaduan diperlukan dalam semua pihak bagi melahirkan bakal doktor berdedikasi, cekap, telus dan penuh motivasi.
Comments
Post a Comment