Pengambil Alihan Blog :Iszaid Dynamic Integration Project
Dibawah kuasa undang-undang Empire Maharaja, bloig selatan yang asalnya dimiliki oleh gagasan Persekutuan Iszaid akan diambil alih oleh Empire Maharaja setelah Mesyuarat Kabinet bertarikh 11 Julai 2009 yang lalu mempersetujui pengambil alihan.
Pengambil alihan ini adalah bertujuan untuk memastikan pembangunan intelektual dan sosio-politik Negara Iszaid berada dalam keadaan lebih dinamik dan sesuai dengan aspirasi negara. Kedua, kepesatan pembangunan blog-blog lain dilihat menjadi madah dan wacana kehidupan bagi sesetengah para mahasiswa perubatan, jadi ini dilihat sebagai satu fenomena optimistik jika dan hanya jika penstrukturan semula blog ini dilaksanakan dengan lebih tersusun dan sistematik.
Unit Teknologi Maharaja dengan bantuan Unit Kedutaan Maharaja telah ditugaskan untuk menyelia blog ini bagi tujuan komersal dan integrasi. Kebenaran adalah diberikan kepada Maharaja University-MU dan Medical University (National) of Empire Maharaja (MUNEM) untuk menggunakan blog ini sebaik mungkin bagi tujuan penyelidikkan dan kajian.
Walaupun blog ini diaktifkan semula namun, blog facebook masih tetap menjadi blog utama Empire Maharaja.
Sekian
Comments
Post a Comment